“Saya Dah Tak Kuasa, Siapa Nak Ambil-Ambillah” – Fauziah Tampil Cerita Apa Sebenarnya Berlaku Selama Ini

0

 


"Saya dah cuba dan ikhtiar, saya dah berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri.


"Sekarang sampai masanya untuk lepaskan dia. Bukan tanda mengalah tapi saya dah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah."


Demikian pengakuan Fauziah Sarman berkenaan kesudahan rumah tangga dengan suaminya, Datuk ND Lala ketika ditemui.


Fauziah, 55, berkata, selama 10 tahun kebelakangan ini, dia melihat ND Lala seakan tidak menghargai dirinya.


"Saya dah digantung tak bertali. Ia berlaku sejak 2022 dan ketika dia balik tiga bulan hari itu pun, kehidupan saya huru hara.


"Dia memang fokus pada wanita itu dan bahasa kasarnya memang dia buang anak isterinya begitu sahaja. Dia memang buang kami.


"Sebab dia kahwin lain, jadi seorang rakannya kata dia takkan ceraikan saya. Tapi kalau saya minta cerai, dia akan ceraikan...mungkin. Tapi dia pernah kata dengan rakan itu, walau apapun dia takkan ceraikan saya," katanya.


Fauziah memaklumkan, ND balik rumah selama tiga bulan sahaja pada 23 Januari tahun ini. Tapi ketika dia balik, keadaan menjadi huru hara dan mereka bergaduh setiap hari.


"Kami bergaduh besar 1 April lalu dan abang ND entah macam mana buat pengakuan memang dah kahwin dengan Siti Munirah pada Disember lalu.


"Dia tipu saya kata bulan Disember. Mungkin dia daftarkan bulan 12 tapi menurut sumber, dia dah kahwin lama iaitu dah lapan tahun.


"Katanya bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tapi saya semak di pejabat Wilayah dan Selangor tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat," katanya.


Bagaimanapun, Fauziah menerusi Instagramnya hari ini mengesahkan suaminya, ND Lala sudah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos lalu.


Fauziah memaklumkan, lafaz cerai itu dibuat di Masjid Ar Rahman, Bangsar, dan dia dimaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp.


Sumber : https://www.hmetro.com.my/rap/2023/08/997447/fauziah-dah-habis-ikhtiar-selamatkan-perkahwinan-dengan-nd-lala

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)