(VIDEO) Muka Ira Kazar berubah kena disindir dengan saudara ketika datang beraya

0

 



GELAGAT isteri kedua pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar yang berkunjung ke rumah saudaranya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang tular di TikTok, Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 27, yang tampil dengan busana baju kebaya bermotifkan flora dan bertudung biru dilihat sedang menunggu giliran untuk bersalam-salaman dengan ahli keluarga di tepi tangga.


Namun seorang lelaki berbaju Melayu hitam dipercayai bapa saudaranya memanggil Ira sebelum memeluknya dan berpesan agar pelakon itu tidak buat hal sebelum diiringi gelak ketawa saudara mara yang lain.


@ceritaartismalaysia Replying to @Sridangga #irakazarraya #irakazar #irakaza #familykaza #syamsulyusof #poligami #fyp #foryou #foryoupage #abcxyz #xyzbca #def #trendin ♬ Sound Sedih Fyp - ASBUN



Ira bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan wajahnya kelihatan berubah selepas menerima pesanan daripada individu itu. Dalam pada itu, kelibat Syamsul tidak kelihatan dalam video berkenaan. 


Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen berpendapat sindiran netizen lebih pedih daripada kecaman netizen.


Malah, ada netizen mengatakan jika mereka berada di tempat Ira pasti tidak akan keluar beraya apatah lagi selepas didakwa menjadi orang ketiga kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah.






Sumber : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)