Usah Riak, Tuhan Nak Tarik Nikmat Cantik Bila-Bila Masa Je, kata Fatin Afeefa

0

 


Pelakon popular Malaysia, Fatin Afeefa baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Twitter miliknya untuk berkongsi pengalaman peribadinya yang mengalami masalah kulit yang teruk di wajahnya. 


Dalam gambar-gambar yang dimuat naik, Fatin nampak terdedah tanpa mekap dan dengan jerawat yang teruk di wajahnya.


Dalam kapsyen gambar, Fatin turut memberitahu bahawa masalah kulit ini memang sudah lama dihadapinya dan dia tidak ingin lagi menutupi keadaan sebenar kulitnya dengan mekap yang tebal. 


Dia juga berharap dengan berkongsi pengalaman ini dapat memberikan inspirasi dan dorongan kepada pengikutnya yang menghadapi masalah kulit yang serupa untuk tidak berasa rendah diri dan tetap percaya diri. 


“Jangan brag lah if you have great skin. U will experience terrible breakout one day. I never had a single zits. Dari kecik sampai i 23. And i berlagak gila. Lepastu boom. Breakout whole face”tulisnya.


JANGAN BRAG LAH IF YOU HAVE GREAT SKIN. U WILL EXPERIENCE TERRIBLE BREAKOUT ONE DAY. I NEVER HAD A SINGLE ZITS. DARI KECIK SAMPAI I 23. AND I BERLAGAK GILA. LEPASTU BOOM. BREAKOUT WHOLE FACE


— KHALEESI (@FATINAFEEFA) APRIL 19, 2019





Kongsi Fatin, dia dahulu bersikap riak kerana memiliki kulit wajah yang cantik dan mulus namun ada suatu ketika dia mengalami masalah kulit yang teruk di wajahnya.


Dalam pada itu, Fatin turut menasihati kepada peminatnya untuk tidak bersikap riak jika memiliki kulit wajah yang cantik dan mulus.


“Kesimpulannya, janganlah anda riak. Tuhan nak tarik nikmat cantik tu bila bila masa je boleh” tulisnya lagi. 



KESIMPULANNYA, JANGANLAH ANDA RIAK. TUHAN NAK TARIK NIKMAT CANTIK TU BILA BILA MASA JE BOLEH ?


— KHALEESI (@FATINAFEEFA) APRIL 19, 2019

Pengikut-pengikutnya di Twitter turut memberikan kata-kata sokongan dan memuji keberanian Fatin untuk berkongsi pengalaman peribadinya tersebut.


Ada betulnya juga kata-kata yang telah dikongsi Fatin, semoga perkongsian Fatin dapat dijadikan pengajaran kepada semua.


Foto : Twitter Fatin Afeefa

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)