Netizen 'cair' lihat aksi live Lelaki Pakistan penjual tudung kacak

0

 



Seorang peniaga tudung dari Pakistan menjadi popular dalam sekelip mata apabila rakaman video dia bersama rakan kongsi membuat siaran langsung di satu platform secara tiba-tiba menarik perhatian ramai untuk menonton mereka.


Seperti yang biasa di media sosial sebelum menyambut Hari Raya, kita boleh membeli pelbagai produk dengan lebih mudah melalui pembelian dalam talian. Malah, pelbagai pihak giat mempromosikan produk mereka. Namun, dua peniaga tudung warga Pakistan ini membuat ramai teruja dengan video siaran langsung mereka.




Salah seorang jejaka kacak berusia 23 tahun itu sedang menjual tudung dengan memanggil pelanggannya dengan panggilan sayang dan menunjukkan gelagat yang mudah mesra sambil membalas komen-komen jenaka daripada pengguna media sosial.


Individu yang merekodkan video siaran langsung mereka mengakui terhibur dengan komen-komen lucu pengguna media sosial yang mengusik jejaka kacak ini. Cara mereka mempromosikan tudung juga menarik perhatian ramai dengan ketekunan mereka menunjukkan produk tudung yang siap dipakai kepada pembeli.


@fizayaakub Tengah scroll² tiktok jumpa live bhaiya. Ingatkan nak scroll ke bawah je, tapi tertarik dengan komen² akak² yang terjatuh hati dengan bhaiya 🤣 Laju kemain komen, ramai peminat bhaiya nuh. Naseb aku tak minat, aku minat suami aku je 😆 #TikTokMalaysia #berandatiktok #fypmalaysia #fyp @Fiza Yaakub @Fiza Yaakub @Fiza Yaakub ♬ original sound - Fiza Yaakub


Selain itu, rakaman video tersebut turut menjadi viral apabila dikongsikan semula di laman sosial dan menjadi tular di kalangan pengguna internet. 


Bukan sahaja menerima komen seloroh semasa video live, malah ruangan komen selepas rakaman video itu dikongsikan turut menyaksikan hujan komen yang mengundang gelak tawa dari netizen yang terhibur dengan kekacakan jejaka penjual tudung tersebut.


“Siotla yang ‘tak dapat Amir Ahnaf dapat kau pun jadi”



Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)