Kontroversi lagu raya, Ibu minta maaf bagi pihak Aliff Syukri

0

 



Datuk Aliff Syukri kembali mencetuskan kontroversi dengan pelancaran lagu raya terbarunya. Namun, kali ini tindakan tersebut mendapat kritikan daripada ibunya sendiri iaitu Rozita Ibrahim.


Rozita, 59, dengan jelas mengakui bahawa anak lelakinya tidak berbakat dalam bidang muzik. Dia turut menyatakan bahawa keluarganya telah lali dengan sikap dan tindakan Aliff yang selalu mengeluarkan karya muzik yang tidak mendapat sambutan baik dari masyarakat.


Menurut Rozita, dia tidak tahu daripada mana Aliff mendapat keyakinan diri yang tinggi sehingga sanggup menandingi penyanyi-penyanyi berbakat yang sedia ada. Rozita turut menyatakan bahawa sebagai ibu, dia memberikan sokongan moral kepada anaknya tetapi tidak bermakna dia membenarkan tindakan Aliff yang merosakkan citra masyarakat dan industri muzik tempatan.



"Saya rasa semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum, setiap kali raya mesti dia (Aliff) buat lagu. Kami pun dah kebal dengan perangai dia.


"Kebaikan dia ialah, dia memang tak berbakat pun, suara dia memang tak sedap tetapi kerana dia punya keyakinan diri tu, dia dapat dekat mana tak tahu. Boleh mengalahkan artis yang betul-betul berbakat," katanya.


Rozita telah memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok untuk berkongsi perkara itu. Dalam video tersebut, Rozita memperlihatkan bagaimana dia telah memarahi Aliff dan turut memaparkan bukti video bersama usahawan kontroversial itu. 


Dalam video berkenaan, Aliff secara berseloroh memaklumkan bahawa dia terlalu banyak menerima tawaran menyanyi sehingga terpaksa menolak. Rozita menambah bahawa hanya keluarga mereka yang benar-benar memahami perangai Aliff dan beliau selaku ibu memohon maaf kepada netizen atas kelakuan anaknya.


"Jangan ingat saya tak marah dia ya. Saya marah. Kami faham, orang luar tak faham.


"Maafkan anak saya netizen. Semoga Allah jaga Aliff, Ida (isteri Aliff) dan anak-anak," ujarnya.




Pada 30 Mac, Aliff melancarkan teaser lagu raya yang berjudul Cak Cun Cak Raya dan mendapat kecaman orang ramai termasuk baju sut ketat yang dipakai menyerupai sut menyelam selain aksi lincah bersama penari latar yang dikatakan tidak sesuai.


Video teaser itu turut mendapat teguran daripada pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Aliff yang dikatakan tidak menghormati bulan Ramadan.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)