Antara saya, Ira Kazar siapa lebih cantik? Tanya Fathia Latiff

0

 



Baru-baru ini, video di aplikasi TikTok telah menjadi tular memaparkan pelakon sensasi, Fathia Latiff sedang membuat mimik video menggunakan lagu trending bahasa Indonesia.


Menerusi video berdurasi 16 saat itu, Fathia menari dengan gaya manja sambil membuat mimik mulut lagu Cintamu Sepahit Topi Miring.


Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen Fathia mengundang perhatian ramai yang bertanya sama ada dirinya atau isteri kedua pengarah kontroversi, Syamsul Yusof yang lebih cantik.


“Siapa lagi hot? I ke Ira Kazar?,” tulisnya dalam video berkenaan.



Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir pihak yang berkata Fathia sesuai menjadi isteri ketiga Syamsul atas karakternya yang dikatakan seakan sama dengan Ira.


“Fathia try la Sol (Syamsul), kot jodoh ke kan,” tulis netizen.


“Ok ngam nombor tiga,” kata netizen lain.



Sementara itu, ramai yang berkata aktres drama rantaian popular Ariana Rose ini lebih menarik dan lawa daripada Ira itu.


“Alamak, you nak compare dengan minah tu ke? Jauh la sangat bezanya.. You ada kelas tersendiri yang,” ujar netizen.




Sumber :XTRA

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)