Aliff Syukri bengang Yana Samsudin enggan bayar RM400,000 lepas pecahkan pasu

0

 



Sebuah klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram petang tadi memaparkan pergaduhan yang terlibat oleh pasangan selebriti Yana Samsudin dan Fadzil Fariz, dan kejadian ini menimbulkan tanda tanya ramai. 


Dalam video tersebut, keadaannya kelam kabut dan Yana kelihatan berusaha menenangkan suaminya yang sedang marah. Aliff kelihatan berang dan meninggikan suaranya meminta pasangan selebriti berkenaan untuk mengganti perhiasan mewah yang didakwa rosak di kediamannya.



Klip video itu menimbulkan rasa ragu di kalangan warga net yang menyifatkan persengketaan itu hanya sebagai gimik. Walau bagaimanapun, kejadian sebenar berlaku selepas Aliff marah dengan Yana yang didakwa memecahkan sebuah pasu hiasan berharga hampir RM400,000 yang dibeli melalui jualan lelong di China.




Menurut penerbit program raya terbitan stesen swasta, Alif Farhan, kejadian tersebut berlaku di rumah Aliff pada dua minggu yang lalu.


"Saya bertindak selaku penerbit rancangan yang akan disiarkan pada hari raya nanti.


"Rumah Datuk Aliff menjadi lokasi penggambaran program kami kerana sesuai dengan konsep yang ingin diterbitkan.


"Yana pula adalah hos program berkenaan dan ketika penggambaran sedang dijalankan, dia tidak sengaja terlanggar sebuah pasu hiasan di ruang tamu rumah Datuk Aliff." katanya yang masih mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu itu.





Tambahan pula, Alif memaklumkan proses penggambaran masih belum selesai dan tertangguh disebabkan permasalahan yang timbul.


Usaha Harian Metro mendapatkan maklum balas berhubung kejadian itu tidak berhasil apabila mereka gagal dihubungi setakat ini.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)