Saya Terpaksa Keluar Bekerja, Afiq Muiz Hanya Main Game Di Rumah, Kata Pachara

0

 



Pachara Apin, atau nama Islamnya Nur Aaira Mahadeya, 32, mengungkapkan bahawa sepanjang perkahwinannya dengan aktor Afiq Muiz, dia terpaksa memikul tanggungjawab menyara kehidupan mereka sebagai suami isteri dengan keluar bekerja.


Menurut Pachara, Afiq hanya menghabiskan masa di rumah untuk bermain permainan video, sementara dia perlu keluar bekerja untuk memenuhi keperluan hidup mereka.


"Banyak idea kau untuk memalukan saya sekarang. Cakap saya bukan siapa-siapa lagi dalam hidup? Jadi apa yang kau sedang buat sekarang ini? Kenapa tak beri kerjasama lepaskan saya?


"Takkan kau masih nak saya kerja bagi kau makan lepas itu kau pukul-pukul lagi setiap Jumaat Sabtu?


"Ahad kau bagi rehat sebab Isnin kau mahu saya kerja sara kau kan? Isnin hantar kerja kalau ada mood. Balik dari kerja kau complaint sakit badan sebab main game.


"Kau marah saya kau bosan duduk rumah main game sahaja. Kau tak tahu malu ke? Bercakap sekarang macam rempit lagi menjawab netizen," katanya.


Pachara kemudian meluahkan rasa kesalnya terhadap Afiq yang mendakwa dia berlaku curang dan mengamalkan gaya hidup bebas dalam Instastory miliknya pada petang Khamis.




Pendedahan itu dilakukan selepas Afiq enggan memberi kerjasama dengan menghadirkan diri ke mahkamah bagi proses penceraian mereka.


Sementara itu, Pachara turut menyatakan rasa penyesalan kerana menarik balik laporan polis terhadap Afiq berhubung kes dia dipukul. Beliau sebelum ini percaya Afiq akan berubah dan menjadi suami yang lebih baik.


Bagaimanapun, Pachara kini menganggap Afiq sebagai seorang lelaki pengecut yang hanya ingin menguasai seorang wanita dan tidak akan berubah.


"Aku yang buang kau jauh-jauh lepas kau pukul aku dengan teruk selama berkahwin dengan kau. Kau memang tidak tahu erti kenang budi? Saya lepaskan kau tarik laporan polis lepas kau pukul saya teruk itu supaya kau boleh berubah. Saya ini bodoh-bodoh boleh terfikir kau akan berubah.


"Lelaki yang memukul perempuan adalah lelaki yang pengecut yang mahu menguasi perempuan. Cuba mana-mana lelaki nak pukul kau, kau lari pengecut!


"Keluarga saya sedang tahan hati saja tengok drama kau ini. Abang-abang sepupu dan pak cik-pakcik saya memerhati saja perangai kau dari dulu," ujarnya.




Pachara ke mahkamah failkan tuntutan fasakh.


Mengulas mengenai tindakan dia memfailkan tuntutan fasakh, Pachara berkata, dia berhak berbuat demikian selepas apa dilalui sepanjang berkahwin dengan Afiq.


Katanya, dia sepatutnya membuat permohonan itu sebelum ini lagi namun masih berharap suaminya itu akan berubah.


"Ini hak saya untuk tuntut fasakh, patut dari dulu lagi saya buat. Netizen yang belum pernah mengalami tidak akan faham tapi bagi kaum wanita yang sudah pernah dipukul, dianiaya, dicurangi.


"Sengaja gantung tak bertali akan faham keadaan fizikal dan mental saya," katanya.


Sumber : mStar Online


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)