Pelakon Lelaki Dan Pelakon Wanita Kantoi 'Check-In' Hotel Bersama, Curang Dengan Pasangan Masing-Masing?

0

 



Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila dua pelakon baharu iaitu  Jazmy Juma dan Sanjna Suri dikatakan kini sedang angau memadu kasih.


Dua bintang baru ini pertama kali bergandingan bersama menerusi filem Pulau.



Menurut perkongsian dari blog BOOM!, mereka mendapat gambar yang diterima dari sumber yang mengatakan mereka berdua dilihat keluar bersama dan dilihat sangat mesra, malah amat romantis.


Kedua-dua pelakon itu dipercayai keluar bersama di sebuah hotel dan kelihatan sangat mesra dan romantis. 


Walau bagaimanapun, Jazmy dan Sanjna didakwa curang dengan pasangan masing-masing, kerana mereka pernah mengaku memiliki teman istimewa dalam hubungan yang serius sebelum ini. Oleh itu, status hubungan mereka masih menjadi tanda tanya.

Cubaan pihak media menghubungi kedua-dua pelakon itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang status terkini mereka tidak berjaya selepas panggilan telefon tidak dijawab dan mesej tidak dibalas.

Sumber: BOOM!

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)