Menurut Kajian, Majoriti Orang Melayu Paling Ramai Lihat Ekonomi Malaysia Bertambah Buruk Dibawah Kerajaan Perpaduan

0

 


Penafian : Gambar sekadar hiasan


Menurut laporan Malay Mail, tinjauan menunjukkan bahawa hanya 25 peratus responden yang menganggap bahawa mereka berpuas hati dengan kerajaan secara keseluruhan. Sebaliknya, hanya 15 peratus orang Melayu di Semenanjung Malaysia yang berpuas hati dengan kerajaan perpaduan.


Tinjauan ini dijalankan sempena 100 hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pentadbirannya memerintah. Ia melibatkan 35,077 responden yang ditemui melalui lima saluran media iaitu Sinar Harian, Awani, The Star, Sin Chew, dan Malaysia Nanban.


Matlamat tinjauan ini adalah untuk mengkaji sentimen rakyat Malaysia berhubung prestasi dan populariti kerajaan campuran selepas PRU15.



Selain daripada orang Melayu, kaum Cina mencatatkan 38 peratus, kaum India dengan 48 peratus, 42 peratus Bumiputera di Sabah, 37 peratus Bumiputera di Sarawak, dan 33 peratus etnik lain yang telah mencatatkan peratusan berpuas hati dengan kerajaan dalam memastikan manifesto mereka dilaksanakan.


Selain itu, 45 peratus responden merasakan negara sedang bergerak ke arah yang betul.


76 peratus daripada kaum Cina dan India merasakan bahawa negara sedang menuju arah yang betul, bersama-sama dengan 59 peratus Bumiputera di Sabah, 60 peratus Bumiputera di Sarawak dan 58 peratus daripada kaum lain.


Di sisi lain, 60 peratus orang Melayu di Semenanjung Malaysia dilaporkan merasakan bahawa keadaan negara kini lemah.


Sebagai perbandingan, 41 peratus responden Cina dilaporkan merasakan bahawa keadaan negara kini kukuh, bersama-sama dengan 49 peratus kaum India, 43 peratus Bumiputera di Sabah, 45 peratus Bumiputera di Sarawak, dan 39 peratus dari etnik lain.


SUMBER : VOCKET

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)