Cuti hujung minggu netizen terganggu, Zarina Anjoulie Tiba-tiba Padam Gambar Tunang?

0

 


Cuti hujung minggu netizen tidak rilek apabila perkongsian pelakon Zarina Anjoulie menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar terbaru di Instagram dengan kapsyen seperti patah hati.


Malah, Zarina atau lebih mesra disapa Anju menutup ruangan komen perkongsian itu termasuk beberapa posting lain yang melibatkan tunangnya, Datuk Seri Elzey.



Memetik artikel dari ROTIKAYA, Turut menjadi perhatian perkongsian Anju sebelum ini mengatakan tunangnya mahu dia menurunkan berat badan sebelum mereka mendirikan rumah tangga turut ditukar kapsyen. 


Anju menulis kapsyen terbaru mengatakan kapsyen ditulisnya sebelum ini menjadi isu sedangkan dia hanya bergurau sahaja.


Sementara itu, akaun TikTok tunangnya yang menggunakan nama @abot_anjoulie juga dilihat sudah tiada. Malah, gambar terbaru mereka berdua dikongsikan Anju baru-baru ini di Instagram juga sudah tidak kelihatan.


Sebelum ini, Anju berseloroh mengatakan tunangnya tidak akan mengahwininya selagi tidak mencapai berat badan 55 kilogram.


Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan syarat yang diberikan oleh tunang Anju serta mengatakan jika sayangkan seseorang terima individu itu seadanya.


Sumber; rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)