“Tak Ada Modal Lain Ke? Cakap Macamlah Dia Baik Sangat” – Lama Diam Diri, Intan Saleh Akhirnya Hilang Sabar

0

 


Beberapa tahun yang lalu, cerita perceraian Intan Saleh dengan bekas suaminya, Ude Wahid pernah menjadi topik hangat di kalangan netizen dan media. 


Lagi menambah kepanasan kes tersebut kerana ia melibatkan pelakon, Izreen Azminda yang didakwa sebagai 'orang ketiga' dalam perkahwinan. 


Terkini, Izreen dan Ude baru-baru ini memuat naik status di Instagram Story seakan-akan mengeluarkan rasa kesal terhadap seseorang dan Intan juga melakukan hal yang sama. 


Melalui status yang dibuat oleh wanita tersebut, dia berkata mempunyai alasan sendiri mengapa masih belum dapat memaafkan peristiwa sebelumnya dan tidak mahu mengulas secara terperinci kerana melibatkan hal yang tidak sepatutnya diketahui oleh ramai.


Menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, dia mengakui dirinya tidak baik dan mempunyai dosa tersendiri tetapi pihak sana tidak perlu mengugut serta sibuk dengan kehidupan orang lain.


Sekadar info, Intan Saleh kini sudah pun hidup bahagia dengan suami baru, Aizam Yahya dan mempunyai cahaya mata lelaki bersama dengannya.


Kredit : – BOOM!


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)