'Sehari sebelum beranak, dia muncul siap mengaku ada hubungan,walaupun diduakan..'- Ustazah Asma

OhMyPress
0

 


Nampaknya kemelut rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof seakan menemui titik muktamad. 

Semalam, aktres berkenaan rasmi mengumumkan bakal membuat tuntutan talak pada Isnin hadapan. 4 tahun bersabar, dia tidak boleh terima tindakan suami yang berpoligami dengan cara kurang wajar.


Sarah usaha dari peringkat awal macam mana nak pertahankan rumah tangga. Puteri Sarah pernah dedahkan pihak ketiga sendiri yang muncul mengaku ada hubungan dengan suaminya. 

Pengakuan terbabit disifatkan umpama tiada hati perut kerana saat itu, Sarah berada di penghujung kehamilan untuk melahirkan anak keduanya, Sumayyah berbaki 1 hari lagi.


Menerusi perkongsian dari mStar, Ustazah Asma’Harun sempat bercerita mengenai usaha wanita tersebut yang cuba menyelamatkan rumah tangga. 

Block setahun, memang tidak wajar sebab di situlah komunikasi.

Walau diduakan, waktu itu Sarah masih ada rasa sayang kepada Syamsul dan tetap mahu mempertahankan kehidupan mereka. 

Tidak sempat bersemuka kerana komitmen kerja, penceramah ini hanya memberikan tips, doa dan juga zikir.


Di samping itu, dia menegaskan perbuatan suami atau isteri menyekat pasangan masing-masing adalah tidak wajar kerana di situlah terletaknya pintu komunikasi. 

Puteri Sarah dah cuba macam-macam, tapi sekarang air mata dah takde.

Menerusi ruangan komen, ramai yang sebak mengetahui betapa kerasnya Puteri Sarah berusaha menyelamatkan pernikahannya tanpa berputus asa dari awal. 

Pun begitu, mereka yakin mungkin sudah sampai masanya wanita tabah ini mengutamakan kebahagiaannya sendiri.

Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)