Saya tak bersetuju 'penyondol' dalam istilah isteri kedua, kata DDNK

OhMyPress
0

 


beliau tidak bersetuju dengan gelaran 'penyondol' diberikan terhadap wanita yang menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.


Ia susulan isterinya turut terkena tempias kontroversi perkahwinan kedua pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kaza baru-baru ini.


"Saya tak bersetuju 'penyondol' dalam istilah isteri kedua. Bagi saya ia tidak boleh berlaku sebelah tangan. Tidak boleh rempuh atau santau untuk terus berkahwin. Ia mesti bertepuk dua belah tangan.



"Bila sebut berkenaan cinta dan sayang, ia adalah perkara yang kita tiada daya untuk menahan. Bila sudah sayang, kita tidak boleh menipu perasaan. Bila kita kata sayang, maksudnya kita memang sayang. Bagi saya, tidak boleh seorang saja yang sayang untuk terus kahwin.


"Jadi, sondol menyondol ini tidak betul. Kalau daripada konteks saudara Syamsul (Syamsul Yusof) atau sesiapa saja, apa yang penting adalah kalau boleh berbahagia dengan yang pertama atau kedua (isteri) itu yang terbaik.


"Saya tiada pengalaman sebegitu, isteri saya yang kedua memang sangat baik," katanya.

Menurutnya, soal kahwin itu adalah jodoh dan ketentuan Allah SWT.

"Kita semua perlu faham ini adalah jodoh dan kuasa Allah. Mungkin orang tidak boleh terima tapi itulah hakikatnya. Saya tidak setuju dengan istilah sondol menyondol ini," katanya.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)