Santai habis 4 beranak naik kereta ubah suai, ‘seatbelt’ tak ada! Netizen pula risau lihat keberanian keluarga ini

0

 


DEMI mengikuti trend, sesetengah pihak sanggup mengambil risiko dengan mengubah suai kereta untuk kegunaan keluarga. 

Memang menyenangkan jika kenderaan yang digunakan sehari-hari untuk bekerja dan berniaga dijadikan sebagai ruang istirahat bersama isteri dan anak-anak. Namun, jangan biarkan aspek keselamatan dan risiko bahaya diabaikan.


Baru-baru ini viral satu video yang dikongsi di laman Twitter menunjukkan sebuah kenderaan yang telah diubah suai, di mana tidak ada lagi tempat duduk penumpang di depan dan kerusi di belakang. 


Yang ada hanyalah platform seperti lantai yang dilapisi dengan cadar atau karpet, membolehkan penumpang untuk duduk bersila atau baring secara santai seperti di rumah. 


Malah, video berdurasi 30 minit itu juga menunjukkan di bahagian belakang kenderaan itu dipasang TV dan rak kecil, dan dapat dilihat dua kanak-kanak sedang baring menonton program.


Si isteri duduk di tempat duduk penumpang depan, dengan tangannya memegang pintu. Namun, hanya pemandu yang berada dalam posisi sebenar di dalam kereta, dengan tempat duduk yang baik dan tali pinggang keledar yang dipakai. 


Namun, seorang pemuda mengutarakan soal keselamatan dan risiko bagi pemilik kenderaan yang membawa seisi keluarga.



"Nampak cantik, selesa kan? Tapi kebarangkalian untuk mati pun naik mendadak kalau kemalangan.


"Jangan buat macam ni. Sayangi ahli keluarga anda," tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter.


Rata-rata netizen turut bersetuju mengenai modifikasi kenderaan tersebut yang mengundang bahaya terutama ketika bergerak di jalan raya.


Malah, segelintirnya menyifatkan si pemandu hanya mementingkan diri sendiri, tanpa mempedulikan keselamatan orang lain.


"Dia lupa kelajuan kenderaan dengan momentum kot.


"Ni brek sikit je, confirm melekat kat cermin depan semua tu. Bahaya.


"Windscreen (cermin depan) pun dah retak.


"Eloklah tu, yang suami pakai seatbelt, lain-lain tak pakai. Bila kemalangan jadi apa-apa yang nak meraung dia juga nanti. Nauzubillah, jadilah ketua keluarga yang bijak.



"Setuju. Begitu juga dengan orang yang naik kereta tapi pemandu dan penumpang sebelah je pakai seatbelt, yang belakang semua tak pakai.


"Keselamatan diketepikan, tak selesa pun dia ubah suai macam tu terutama bahagian penumpang. Kena bersila je, turun kereta terus cramp kaki tak boleh melunjur.


"Bahaya setiap orang tak ada seatbelt. Nauzubillah kalau jadi apa-apa, berkecamuk tu," demikian antara komen netizen.


Kredit artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)