Masa ngorat Fatin, tak banyak usaha sangat pun, yang banyak usaha, Fatin.., kata Aliff

0

 


Rasanya masih belum terlewat untuk admin ucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan merpati dua sejoli, Fatin Afeefa dan suaminya Aliff.

Sejak berkahwin dengan pelakon terkenal itu, Aliff dilihat kerap membuat live santai sambil berborak kosong dengan pengikutnya.

Baru-baru ini, Aliff ada membuat live yang telah menarik perhatian ramai netizen mengenai cara Aliff memikat Fatin sehingga sah menjadi isteri.


Menerusi sesi live Aliff bersama Fatin Afeefa yang dirakam dan dimuat naik semula, Aliff menjawab dia tidak meletakkan kesungguhan untuk mengurat isterinya. 

Sebaliknya, ia dilakukan oleh aktres berusia 29 tahun sendiri.

“Saya jawab jujur, Fatin lagi susah nak dapatkan perhatian yang sepenuhnya dari saya.

“Jadi, masa saya nak mengorat Fatin, tak banyak usaha sangat pun.  Yang banyak usaha, Fatin.”ujarnya.



Dalam pada itu, Aliff turut menjelaskan mengenai perihal dominan, tegas, ‘alpha’ dan sebagainya yang membuatkan perempuan lebih tertarik kepada mereka.

Katanya, perempuan yang tertarik kepada lelaki yang tahu apa yang dia mahukan, berprinsip dan tidak menggunakan emosi dalam membuat keputusan.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh Aliff telah mencetuskan rasa kurang senang netizen dengan mengatakan kata-kata yang diberikannya itu keterlaluan.


Terdahulu, Fatin mengakui sudah ‘muak’ apabila melihat videonya kerap muncul ‘FYP’ (For Your Page) atau tular dalam aplikasi TikTok selepas berkahwin.

Untuk rekod, pasangan itu bernikah pada 30 Disember lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Sumber : OMM

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)