Kongsi gambar terbaru tanpa ayah, anak Zainal Abidin luah sokongan terhadap ibu?

0

 


Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai dua isteri bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan yang didakwa bergaduh di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.


Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah anak isteri pertama Zainal Abidin telah memuat naik sebuah gambar mesra bersama ibunya yang mencetuskan pelbagai reaksi ramai.


“Biar gambar ini berbicara dengan sendirinya,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.


Dalam hantaran tersebut, anak Zainal Abidin yang dikenali sebagai Zaifiq Zainal itu seakan memberi bayangan memberi sokongan penuh terhadap insan tersayangnya itu susulan isu yang sedang hangat berlaku pada ketika ini.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan kata-kata positif serta tidak melepaskan peluang untuk mendoakan agar urusan ibunya itu sentiasa dipermudahkan.



Sumber : OMM

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)