"Apa sudah jadi?" - Netizen Dakwa Syamsul Yusof ‘Delete’ Komen Ira Kazar?

0

 


Walaupun berhadapan dengan isu peribadi dalam perkahwinannya, pengarah popular Syamsul Yusof kini sibuk di set filem barunya "The Original Gangster". 


Dia telah menyatakan bahawa dia tidak mahu diganggu pada masa ini kerana dia mahu memberi tumpuan kepada pengeluaran filem itu. 


Bagaimanapun, penerbitnya, Datuk Saniboey Mohd. Ismail, mengakui isu peribadi yang dihadapi Syamsul sedikit sebanyak menjejaskan fokusnya di set berkenaan. 


Penting untuk diperhatikan bahawa hal-hal peribadi boleh menjadi gangguan tetapi juga penting bagi Syamsul untuk menjaga dirinya sendiri dan untuk mencapai keseimbangan antara kehidupan peribadi dan profesionalnya.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Syamsul turut berkongsi rakaman video latar belakang di set lokasi penggambaran filem itu.



Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai apabila isteri keduanya, Ira Kazar juga tidak ketinggalan meninggalkan komen di hantaran tersebut.


Bagaimanapun, komen tersebut dikatakan ‘hilang’ dan rata-rata netizen mendakwa Syamsul telah memadam komen Ira bagi menggelakkan kecaman.


Meninjau di ruangan komen, pengguna media sosial menganggap tindakan Ira itu sengaja untuk mendapatkan perhatian orang ramai.


Malah, netizen turut meluahkan rasa puas hati apabila komen tersebut dipadam kerana meminta agar anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu terus mendiamkan diri bagi menggelakkan keadaan bertambah keruh.


Sumber : Beautifulnara

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)