Netizen kecam lihat aksi spontan Ahmad Dhani pegang bahu Fazura

encik gotenks
0

Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan tindakan spontan penyanyi terkenal Indonesia Ahmad Dhani memegang bahu pelakon Nur Fazura dalam sebuah acara di Jagantara, Jakarta telah mengundang kecaman netizen.

Menerusi beberapa komen dalam video yang dimuat naik oleh pengurus Fazura iaitu Iman Tang, ramai menganggap tindakan itu kurang sopan memandangkan imej aktres itu yang bertudung selain berstatus isteri orang.

Dalam video berkenaan, Ahmad Dhani menjemput isteri Fattah Amin itu naik ke pentas untuk menyanyikan sebaris lagu ketika dia sedang membuat persembahan.

"Bini orang tu, jangan suka-suka pegang.

"Yang lelaki tu kenapa nak pegang? Memang best, tetapi kenapa nak sentuh isteri orang?," komen netizen.

Di sebalik kecaman itu, tidak kurang yang memuji aksi bersahaja Fazura naik ke pentas dan menyanyikan lagu Sedang Ingin Bercinta tanpa rasa gugup bersama Ahmad Dhani.

Sementara itu, kehadiran Fazura menyaksikan persembahan itu mungkin ada kaitan dengan kemunculan Ahmad Dhani pada Konsert Faztival Fazura 2022 di Axiata Arena pada 11 September ini.

Selain Ahmad Dhani, konsert itu bakal dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Datuk Awie, Datuk M Nasir, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana dan Amir Masdi.

Sebelum itu, Ahmad Dhani bersama Dewa 19 akan mengadakan konsert selama dua malam di lokasi sama pada 8 dan 9 September 2022 bersempena sambutan ulang tahun ke-30 kumpulan itu.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)