Kompaun RM250 jika tak kibar Jalur Gemilang, kata Datuk Rumaizi Baharin

encik gotenks
0

Premis perniagaan yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan ini akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan dan nilai kemerdekaan dan sekali gus menyemarakkan tarikh keramat negara itu.

"Kita akan menyerahkan notis pemasangan Jalur Gemilang kepada premis perniagaan petang ini.

"Kompaun sebanyak RM250 akan diberikan kepada premis yang tidak mematuhi arahan memasang Jalur Gemilang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh 2022 di perkarangan pintu masuk Bangunan MBI di sini, hari ini.

Rumaizi berkata, bagaimanapun pihaknya mengambil pendekatan menasihatkan pemilik premis yang tidak memasang Jalur Gemilang.

"Pendekatan itu tertakluk di bawah Sesyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan kerana melanggar syarat lesen seperti mana syarat-syarat am yang tertera di belakang setiap lesen premis perniagaan.

"Memang akan ada tindakan kompaun, tetapi biasanya kita akan menasihatkan pemilik premis terlebih dulu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga mengesyorkan semua penduduk untuk mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan ini.

"Apa yang penting semangat dan jiwa kita untuk menyambut Hari Kebangsaan itu lebih utama," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)