Kita Kena Selalu Duduk Di Bawah, Jangan Sesekali Cabar Ego Lelaki, Pesan Noor Kartini

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan

Baru-baru ini Noor Kartini muncul di saluran YouTube Rosix dan Bella berkongsikan mengenai hal-hal perkahwinan dan rumah tangga bersama Ameera Khan.

Ameera bertanyakan apakah nasihat terbaik dari ibunya tentang perkahwinan. Noor Kartini menasihati Ameera supaya mengenali hati budi pasangan mereka lebih mendalam, lagi-lagi jika bergelar isteri pada suatu masa nanti.

“Kena kenal siapa pilihan hati kita. Ibarat macam kita buat kek, acuan itu ibarat suami, jadi kita kena masuk dalam acuan itu. Jadi kita kena faham dan harus kenal siapa suami kita,” katanya.

Bagaimanapun, Ameera berkata sukat untuk memahami hati seorang lelaki yang sering berubah-ubah. Ujarnya, dia pernah bertemu lelaki pada awalnya seorang yang baik namun lama-kelamaan nampak ‘belang’ sebenar.

“Orang lelaki ni, mereka tahu dia ada kuasa. Ego mereka tinggi, kita sebagai perempuan, kita kena selalu duduk di bawah mereka. Jadi kita kena sabar dan kalau kita cabar ego mereka, dia lagi akan memberontak dan akan jadi lebih teruk.

“Sebenarnya, lelaki ini senang jer, kalau kita faham mereka. Kalau kita ikut dia, tahu apa yang dia suka atau tak suka, kita akan menang,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila sempat memberi pandangannya bahawa perempuan sememangnya perlu bersabar dengan lelaki, namun tidak semua mampu untuk berbuat demikian.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : MURAI.MY

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)