Kenapa harga internet di Malaysia lebih mahal berbanding Thailand?

encik gotenks
0

BARU-BARU ini Merak Jalanan berpeluang ke negara gajah putih iaitu Thailand yang kaya dengan budaya dan keindahan alam semula jadinya.

Sebaik sampai ke negara tersebut, Merak Jalanan membeli kad sim telefon bimbit untuk memudahkan komunikasi dengan orang tersayang di Malaysia.

Menurut penjual kad sim di situ, syarikat telekomunikasi negara itu mengenakan bayaran sebanyak 250 baht (RM30) dan data yang diberikan ialah tanpa had serta berkelajuan tinggi.

Memang sudah lama Merak Jalanan dengar tentang keupayaan negara itu dalam telekomunikasi yang jauh lebih tinggi dan murah berbanding Malaysia.

Di Malaysia, dengan kadar sebanyak RM30, pengguna hanya dapat data antara dua megabait persaat (Mbps) hingga enam Mbps sahaja.

Difahamkan, Thailand juga sudah mempunyai kemudahan liputan 5G di seluruh negara.

Sejujurnya, Merak Jalanan kecewa dengan tahap perkhidmatan telekomunikasi di negara kita. Dengan kadar yang mahal dan hanya liputan 4G sahaja, kita nampaknya jauh ketinggalan dengan Thailand.

Sekarang ialah zaman internet yang bukan sahaja untuk pelbagai tujuan dan urusan, malah sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan masyarakat moden.

Tanpa internet, segalanya urusan menjadi sukar sehingga seseorang itu bergantung sepenuhnya kepada teknologi tersebut.

Merak Jalanan sehubungan itu mahu supaya kerajaan berhenti memberikan janji-janji kosong, sebaliknya dengan tegas memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini menurunkan harga bagi perkhidmatan mereka.

Mungkin kerajaan juga perlu memberi bantuan kepada syarikat telekomunikasi bagi membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan berkualiti pada harga yang rendah.

Yang penting, kesan domino daripada usaha tersebut akan menguntungkan semua pihak termasuk kerajaan dan syarikat telekomunikasi sendiri.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)