Warga emas berusia 50-73 tahun dicekup buat perkara tak senonoh tepi bendang

encik gotenks
0

Sekumpulan warga emas yang sedang asyik bermain juudi Pok Deng di bangsal di tepi sawah berhampiran Taman Bersatu, Kuala Kedah, di sini, ditahan polis selepas mengepung kawasan itu, hari ini.

Mereka yang berusia antara 50 hingga 73 tahun itu pada mulanya cuba menyorok di kawasan sawah namun berjaya ditahan pegawai dan anggota Bahagian Maksiiat, Perjuudian dan Kongsi GeIap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada jam 4 petang tadi.

Operasi turut disertai Bahagian Siasatan Jnayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat 12 individu terdiri daripada 10 lelaki, seorang wanita tempatan dan seorang wanita Indonesia sedang asyik berjuudi disyaki jenis Pok Deng.

Beliau berkata, turut ditahan seorang lelaki disyaki penganjur berusia 57 tahun untuk membantu siasatan.

Katanya, polis meraampas 52 keping daun terup, empat kerusi plastik hitam dan satu alas meja.

"Turut dirampas wang tunai berjumlah RM5,948 yang dipercayai berkaitan dengan kegiatan itu.

"Hasil siasatan mendapati mereka terbabit dalam kegiatan itu sejak tiga bulan lalu tetapi dalam seminggu mereka hanya bermain juudi itu dua atau tiga kali.

"Kes disiasat mengikut Sesyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Roze berkata, kesemua mereka ditahan dan dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)