Header Ads

Tangan sampai basah, Nora Danish akui tak senang duduk tengok filem Mat Kilau

Meskipun sudah lebih sebulan di tayangkan, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan masih hangat diperkatakan apatah lagi mencetuskan fenomena apabila berjaya mengutip RM90 juta.

Pelakon jelita, Nora Danish juga tidak melepaskan peluang untuk menonton filem epik Melayu itu di pawagam..

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nora berkata dia mahu mempelajari ilmu silat selepas terpegun melihat setiap bunga dan langkah silat yang dipersembahkan dalam filem tersebut.

Nora turut menceritakan pengalamannya menonton filem tersebut dimana dia tidak boleh duduk diam dan tangannya berpeluh.

“Tangan basah tau tengok cerita ni. Sangat-sangat mencemaskan. Tak senang duduk dibuatnya. Macam tengok WWF pun ada,” katanya.

Dalam pada itu, Nora turut memuji pengarah filem tersebut yang bijak mengambil ‘angle’ sehingga semua sudut nampak cantik dan kemas.

Namun, Nora meluahkan rasa kecewa tentang pengakhiran filem itu dimana watak Wahid yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy mati di tangan pembuun0h upahan British.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.