Saya kena kerja keras sekarang sebab nak stabilkan balik perniagaan, kata Suami Nadya Syahera

encik gotenks
0

Baru-baru ini viral satu perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon cantik, Nadya Syahera yang meluahkan perasaan tertekannya kerana terpaksa menguruskan urusan keluarga seorang diri gara-gara suami terlalu sibuk kerja.

Kata Nadya lagi, dia tidak tahu untuk meluahkan pada siapa sehingga mentalnya terganggu apatah lagi suaminya seolah tidak peduli tentang apa yang dirasainya.

Memetik laporan dari ohbulan, suami Nadya iaitu Fizul Nawi memohon maaf atas ketegangan yang berlaku. Jelas Fizul, dia terpaksa berulang alik ke Thailand kerana ingin mengukuhkan perniagaan buah-buahan yang sedang dijalankan.

Saya ingin mohon maaf jika ada yang marah atau salah faham. Buat masa sekarang saya memang sibuk ulang alik pergi kebun buah di Thailand.

Dan buat masa sekarang saya perlu kerja keras sebab saya nak stabilkan balik perniagaan saya.

Enggan menunding jari, Fizul meletakkan kesilapan atas diri sendiri dan akan terus berusaha demi kebahagiaan bersama.

‌Saya sedar diri masih tak mampu untuk bagi yang sempurna untuk anak bini. Sebab perlu bayar hutang dan komitmen bulan-bulan, dan saya masih dalam proses naik ke tahap yang selesa. Saya memilih untuk hidup bersederhana.

Apa pun, saya akan berusaha dan kuat semangat atas segala ujian. Saya tak menyalah mana-mana pihak. Yang salah diri saya sendiri demi mengejar target hingga ada yang terseksa.

Untuk rekod, Fizul dan Nadya berkahwin pada 25 September 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, 5, dan Mohamad Dayyan, 3, dan Muhammad Barr Adam, tiga bulan.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Instagram @fizulnawi_

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)