Saiz ayam besar sebab lepasi tempoh matang, kata penternak

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan

Penternak menafikan mereka menyimpan stok ayam sehingga harga siling baharu dikuatkuasakasn Jumaat lalu, bagi meraih keuntungan lebih tinggi.

Sebaliknya, Setiausaha Persatuan Penternak Unggas (Kecil dan Sederhana) Negeri Johor, Lau Ka Leng, menjelaskan, saiz ayam segar di pasaran yang besar sehingga lebih dua kilogram (kg) ketika ini berikutan ternakan ayam di ladang melepasi tempoh matang kerana permintaan semakin berkurangan.

Katanya, dakwaan itu tidak benar berikutan penternak akan merekodkan kerugian lebih tinggi jika menyimpan ayam sehingga melepasi tempoh matang terlalu lama kerana kos operasi akan bertambah sekali ganda.

"Sebenarnya ayam segar yang besar kerana sudah melepasi tempoh matang 30 hari, berbanding tempoh matang 28 hari dengan berat biasanya 1.8 kg.

"Namun disebabkan permintaan kurang ayam di ladang melepasi usia 30 hari," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini bekalan ayam kurang, tetapi mendapat permintaan terlalu tinggi sehingga ayam yang belum mencapai tempoh matang 28 hari terpaksa dijual bagi memenuhi permintaan.

Namun, katanya, ketika ini bekalan ayam hampir pulih sejak larangan eksport ayam segar ke Singapura bulan lalu.

"Ditambah pula permintaan ayam segar tempatan berkurangan sehingga hampir 30 peratus ketika ini, sehingga berlaku lebihan.

"Kalau penternak simpan kerana nak tunggu harga siling baharu, kami akan rugi besar kerana ayam akan jadi lebih besar.

"Ayam yang terlalu besar tidak digemari pembeli malah kos operasi akan lebih tinggi kerana perlu menyediakan lebih banyak dedak selain risiko lain termasuk reban tidak dapat menampung ternakan," katanya.

Lau berkata, kekurangan permintaan menyebabkan penternak terus merekodkan kerugian di sebalik penguatkuasaan harga siling baharu.

"Sebelum ini ada 115 penternak dengan 91 daripadanya dari Johor yang mengeksport ayam ke Singapura bagi memenuhi permintaan 3 juta ayam segar sebulan.

"Berikutan larangan eksport ayam itu, kini bekalan ayam segar dalam negara hampir pulih namun berlaku pula lambakan ternakan di reban berikutan kekurangan permintaan," katanya.

Dalam pada itu, pemborong ayam, Johnny Lee Kim Leong, turut mengakui kejatuhan permintaan ayam segar kebelakangan ini.

Katanya, pesanan yang dibuat peniaga turut berkurangan sehingga 30 peratus berikutan mereka menyatakan jualan ayam segar tidak memberangsangkan.

"Dengan kelembapan jualan ayam segar, penternak akan lebih terjejas berikutan permintaan kurang namun diharapkan harga ayam segar akan turun sekali gus menarik balik pembelian daripada orang ramai," katanya.

Sementara, peniaga ayam segar, Hafizul Mohamad, 40, berkata, orang ramai kini dikesan mula kurang berbelanja termasuk membeli bahan mentah termasuk ayam segar.

"Sebelum ini, biasanya pengguna membeli dua hingga tiga ekor ayam bagi stok seminggu untuk hidangan keluarga.

"Namun kini pelanggan sudah beli hanya seekor sahaja. Kebanyakan mereka mengeluh kerana harga bahan mentah naik.

"Saya, harap peniaga berharap jualan ayam segar akan meningkat semula menjelang Aidiladha minggu depan," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)