Kapal makhluk asing dijangka mendarat di Bumi hari ini?

encik gotenks
0

Seorang pengguna media sosial yang mendakwa dirinya pernah mengembara ke masa depan, meramalkan kapal makhluk asing akan mendarat di Bumi, hari ini.

Lapor Daily Star, pengguna TikTok yang menggunakan akaun @aesthetictimewarper mendakwa pihak dari masa depan memberikan butiran mengenai kehadiran makhluk asing tersebut.

Katanya, pihak tersebut mendakwa makhluk asing akan tiba di Bumi pada 11 Ogos ketika fenomena hujan meteor Perseids.

“Saya pernah mengembara ke masa depan iaitu pada tahun 2714. Sesuatu luar biasa berlaku pada 11 Ogos 2021.

“Hujan meteor akan berlangsung selama dua minggu dan ia dikesan di hemisfera utara yang mengandungi mesej Nozik.

“Salah satu meteor akan kelihatan berbeza daripada lain kerana kapal akan mendarat di Bumi sekali gus memulakan persiapan untuk Perang Nozik yang pertama,” dakwa pengguna TikTok itu.

Pengguna laman media sosial itu dalam satu lagi video mendakwa peperangan misteri akan bermula pada tahun 2025. – AGENSI

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Google

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)