Harga seekor babi makin mahal, dijual sehingga RM10,250

encik gotenks
0

Sebuah video dalam media sosial menunjukkan perbualan mengenai harga seekor babi yang didakwa semakin mahal di Papua.

Lapor Suara.com, video yang dimuat naik dalam Instagram Forum Toraja menunjukkan seroang anggota polis yang bertugas di Lembah Baliem, pergunungan Jaya Wijaya, Papua menahan lima penduduk yang sedang melintas di kawasan itu.

Anggota polis itu melihat mereka membawa seekor babi hitam dewasa dan menanyakan harga babi tersebut.

Namun, pihak berkuasa itu terkejut ketika dimaklumkan mengenai harga tersebut.

“Mahu jual babi kah? Berapa kalau hendak dijual?,” soal polis itu.

“Ya, babi ini 35 juta rupiah (RM10,250),” jawab seorang penduduk.

Penduduk itu memaklumkan walaupun harga babi mahal, namun, binatang itu tetap laris di pasaran.

Bahkan, katanya, sudah ada yang menawarkan untuk membeli binatang itu walaupun belum dijual lagi.

Warga maya ternyata terkejut dengan harga babi di Papua, kerana selama ini harga babi paling mahal pernah dijual di Toraja, Sulawesi Selatan.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Utusan Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)