Cikgu anggap silibus Matematik Tahun 6 makin mengarut? Masukkan bab insurans dan takaful?

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanyalah sekadar hiasan semata-mata.

Seperti yang kita sedia maklum, isu silibus pembelajaran baru sudah menjadi topik hangat dikalangan pendidik dan juga ibubapa kerana dikatakan tidak sesuai dengan usia.

Baru-baru ini viral di media sosial perkongsian seorang guru, Mohd Fadli Salleh di Facebook, beliau mendakwa silibus subjek Matematik Tahun 6 sesi depan katanya ada penambahan.

Melalui screenshot yang dikongsikan, penambahan ini katanya akan memperkenalkan murid-murid dengan topik mengenai insurans dan takaful. Uish advance ni!

Dalam silibus baru itu juga, murid akan dapat menyatakan tujuan dan kepentingan perlindungan insurans dan takaful.

Murid Tahun 6 2022. Semua mereka adalah batch pertama silibus baru KSSR Semakan 2017.

So, buku teks dan silibus mereka berbeza dengan murid tahun 6 2021. Lama kami dok tunggu buku baru ni, ingat ada la perubahan yang lebih memudahkan.

Rupanya ditambah celaru dengan perkenalkan silibus baru tentang insurans dan takaful pula. Habis darjah 6 nanti, semua murid boleh jadi ejen takaful aku rasa.

Apa benda la makin merepek meraban ni. Patut beg berat yakmat. Semua benda nak sumbat dalam buku teks. Tebal la ia.

Matematik sekolah rendah patut fokus asas bagi mahir betul-betul. Ni campur aduk dengan pengurusan kewangan lah, simpanan lah, kadar faedah lah, kadar keuntungan lah, modal kos lah, insurans lah, takaful lah, macam-macam benda yang tak sepatutnya.

Lepas tu asas budak entah ke mana sebab tak cukup masa mengajar dengan silibus berat, topik yang banyak, masa mengajar/belajar yang tak mencukupi. Yang jadi mangsa, anak-anak kita jugaaaaaa!

Kawan-kawan Minmin guru sekolah menengah geleng kepala teruk dapat murid Form 1 yang basic mereka sangat lemah dan teruk sedangkan silibus sekolah menengah jauh lebih melangit tinggi dan menggunung susahnya.

Aje giIer semua ni. Nak puaskan hati siapa buat silibus pelik-pelik ni? Memang syok sendiri je la bahagian buat silibus ni. Cuba suruh mereka turun ke sekolah 6 tahun ajar satu tahun satu aras. Tahun ni ajar tahun 1, tahun depan ajar tahun 2.

Baru mereka faham betapa silibus yang mereka buat menyeksakan budak dan cikgu. Baru mereka tahu silibus mereka mengarut dan tak tercapai akal budak dan masa mengajar pula tak cukup.

Minmin call talian Aduan KPM kat nombor : 03 8884 6456 dan 03 8000 8000, tapi hampeh tak berjawab. Cuba korang pula call tanya.

Emel juga mereka di sini : adukpm@moe.gov.my

Juga boleh buat laporan dan aduan di web mereka : moe.spab.gov.my

Nanti budak-budak tu besar pandai la ejen insuran dan takaful ajar mereka. Ajar sekarang nak buat apa?

Laju-laju nak pergi mana? Hmmmm.

Nota : Artikel ini ditulis Minmin (admin), dan Minmin bukan penjawat awam. Harap mak ngah.

Artikel dipetik dari blog lobakmerah

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : FB Mohd Fadli Salleh

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)