Header Ads

'Cap' topi keledar rare cari tuan baru, harganya cuma RM15,000

Mungkin orang yang kurang meminati bidang permotoran tidak faham dan ‘tidak kenal barang’.

Namun walaupun tidak kenal barang, tetapi harga ‘cap’ topi keledar sehingga mencecah harga belasan ribu boleh kita ibaratkan sebagai tidak berapa cerdik.

Terbaru, harga ‘cap’ topi keledar dari jenama terkenal Bell berwarna kuning di raja yang dikatakan cukup ‘rare’ ini ditawarkan pada harga RM15,000.

Harga yang ditawarkan itu kini menjadi pendebatan hangat di media sosial terutamanya di Facebook, ramai yang menganggap harga tersebut langsung tidak masuk akal.

“Apa benda ni, ‘cap’ ni dibuat dari api neraka ke apa? Betul lah aku tak kenal barang rare ke tak rare, tapi harga benda macam ni dah cecah RM15,000 agak keterlaluan bagi aku.

“Biarlah barang tu buruk dekat situ, kalau ada yang beli jugak memang aku tak tahu la nak kata apa,” jelas Shamsul Pokcek.

‌“Harga RM15,000 ni kalau orang meniaga kecil-kecil dah penuh barang dekat kedai boleh isi. Kalau ada yang minat dan ada duit yang tak tahu nak buang kat mana tu boleh la beli.

” Kalau minat sekalipun bagi pendapat aku jangan lah jadi bodoh yang tidak boleh diajar. Yang jual pun agak-agak la juga kalau nak main harga,” jelas Hafizul Pijo.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.