Bengang data peribadi terlepas di laman sosial, Haqiem Stopa buat laporan polis

encik gotenks
0

Pempengaruh tersohor negara, Haqiem Stopa membuat laporan polis susulan butiran peribadi yang tertera dalam notis saman ditularkan di laman sosial.

Haqiem, 22, memuat naik gambarnya membuat laporan polis berkenaan di ruangan Instagram (IG) Story miliknya, hari ini.

Menerusi ruangan berkenaan, Haqiem meluahkan kekesalan dengan tindakan individu yang menghebahkan maklumat peribadinya itu.

"Malaysia ada undang-undang, saya akui dan terima hukuman.

"Jadi apakah tujuan dan motif menularkan data peribadi saya tanpa izin.

"Butiran dalam surat saman tersebut, nama penuh, alamat dan kad pengenalan saya adalah data peribadi saya," tulisnya.

Sementara itu, Haqiem ketika dihubungi mengesahkan membuat laporan polis berkenaan dengan tujuan melindungi dirinya.

Katanya, laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Pelong, Sungai Buloh, Selangor kira-kira jam 3 petang tadi.

"Cover (lindung) diri dan tindak lanjut bagi yang viralkan (tularkan) data saya," katanya ringkas menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan seorang pempengaruh disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu ketika ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kereta jenis Audi.

Polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan bagi kesalahan tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Portal Harian Metro hari ini pula melaporkan penjelasan Haqiem yang mengakui kesalahan dilakukan dan kesediaannya untuk menanggung akibatnya.

Bagaimanapun, Haqiem menafikan dia disaman atas kesalahan tiada lesen motosikal sebaliknya ditahan ketika memandu kereta.

Katanya, hanya satu notis saman dengan nilai RM600 atas dua kesalahan dikeluarkan ke atasnya dan bukan banyak seperti didakwa segelintir netizen.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)