Header Ads

Baru beberapa minit bebas, Siti Nuramira ditahan kembali penguatkuasa JAWI

anya beberapa minit selepas dibebaskan, wanita kontroversi yang didakwa menghiina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini.

Siti Nuramira, 26, ditahan penguatkuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin dengan ditemani peguamnya Ramesh Chandran di Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pukul 10.20 pagi.

Berdasarkan prosedur, wanita itu akan ditahan oleh JAWI selama 24 jam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah esok untuk dituduh mengikut Sesyen 7 Akta Kesalahan Jnayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Sesyen itu membabitkan kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina yang mana jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Semalam Nuramira dan teman lelakinya V. Alexander Navin, 38, selesai membayar ikat jamin masing-masing berjumlah RM20,000 melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai.

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni di kalangan sesama Islam.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mengaku seorang Muslim, telah menghafal 15 juzuk al-Quran, bertindak membuka tudung dan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Sementara di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Alexander Navin turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik di laman sosial Instagram serta YouTube, bulan lalu.

Minggu lalu, satu video berdurasi 54 saat tular di media sosial memaparkan seorang wanita mendakwa dirinya beragama Islam dan menghafaz 15 juzuk al-Quran, bertindak menanggaIkan baju kurung dan tudungnya dan hanya memakai pakaian mencoIok mata sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Susulan itu, wanita itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, pada 9 Julai lalu dan direman selama tiga hari manakala Alexander Navin ditahan pada 10 Julai.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.