Header Ads

Apa nak jadi dengan Malaysia? penjual selamba jual kotak telur RM0.30 satu

Tular di media sosial sejak pagi tadi notis pemberitahuan memaklumkan pihak peniaga akan mengenakan bayaran sebanyak 30 sen bagi setiap satu kotak telur.

“Perhatian, kotak telur kena bayar 30 sen satu untuk kotak tutup atas,” tulisnya.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai borong di ibu kota.

Melihat kepada reaksi orang ramai, rata-ratanya mengeluh dengan kenaikan harga barangan ketika ini serta banyak keperluan lain turut dinaikkan harga secara mendadak.

“Makin teruk keadaan Malaysia, semua harga naik, sampai kotak nak tutup telur pun kena bayar, bagaimana nak bantu stabilkan hidup rakyat, makin ramai tertekan dan ditindas,” komen seorang pengguna.

“Lepas ini, sekali sentuh dikira beli, macam-macam sekarang ini, yang tak patut naik pun dinaikkan harga, ambil kesempatan betul pihak peniaga ini, bila disoal kenapa mahal, macam-macam alasan akan bagi nanti,” ujar pengguna lain.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.