Shuk Sahar muncul di mahkamah bersama peguam, rumah tangga bergolak?

encik gotenks
0

Baru-baru ini pelawak popular yang juga bekas dj terkenal, Shuk Sahar ada memuat naik di laman tiktoknya yang dia berada di sebuah mahkamah bersama seorang peguam pada pagi Jumaat.

Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, video itu seolah-olah memberi bayangan terkini tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak.

"Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya," tulis Shuk pada kapsyen video tersebut.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Shuk mahupun isterinya, Rossa gagal apabila kedua-duanya tidak memberi respon terhadap mesej yang dihantar.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat perjalanan hidup pasangan itu namun berharap pelawak itu mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.

"Moga menjadi pengajaran hidup bro dan segala yang berlaku ada sebabnya. Allah itu maha adil, tidak ada yang berlaku dengan sia-sia tanpa kehendaknya.

"Macam sedih pula tengok kau dik. Sayangnya isteri dia cantik. Jodoh, ajal ketentuan ilahi. Semoga kau akan menjadi insan yang lebih baik dik.

"Bersyukur la dengan setiap nikmat rezeki yang Allah bagi. Bila dia nak ambil semula sekelip mata saja semua boleh hilang. Terus kuat dan belajar dari kesilapan," komen beberapa netizen.

Pada Selasa lalu, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

"Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri.

"Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.

"Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia," katanya.

Untuk rekod, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)