Header Ads

Kontroversi cenderahati Mi segera perisa daging babi cincang: Penganjur mohon maaf dan kesal, ianya tidak disengajakan

Penganjur program derma daarah memohon maaf kepada orang ramai yang menerima beg cenderahati berisi mi segera berperisa daging babi cincang di pusat beli-belah di sini, kelmarin.

Pengerusi jawatankuasa pengelola program berkenaan, Lou Kok Meng berkata, perkara berkenaan tidak disengajakan dan pihaknya akan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai kejadian terbabit.

"Pihak penganjur mengambil maklum mengenai perkara itu dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

"Wakil daripada kami juga sudah ke Bahagian Pengurusan Pentadbiran Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk memberi penjelasan mengenai kejadian itu," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, ketika ini pihaknya hanya mampu memohon maaf kepada orang ramai terutamanya kepada pengunjung yang datang menderma daarah dalam program berkenaan dan akan memperbaiki keadaan.

Sebelum ini, portal ini melaporkan polis membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera berperisa daging babi cincang ketika program derma daarah di pusat beli-belah itu.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.