Aksi Mak Wan dalam video bukan lakonan, saya akan dedah lebih banyak bukti bagi bantu siasatan polis, kata bekas pembantu peribadi

encik gotenks
0

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila bekas pembantu kepada pelakon veteran Mak Wan iaitu Amell telah memuat naik beberapa video yang memaparkan perangai sebenar pelakon veteran itu selepas dikatakan tidak lagi dapat menyimpan rahsia pelakon tersebut.

Berdasarkan salah satu video yang dimuat naik, kelihatan seorang wanita mirip Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, dilihat seumpa sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dipercayai bekas suaminya sambil menendang pintu.

Lelaki tua di dalam video itu jelas kedengaran suaranya yang sedang menangis namun rayuan itu tidak diendahkan.

Menerusi laporan dari mStar Online, Amell telah menyangkal dakwaan video yang dimuat naik di laman sosial TikTok mendedahkan sikap pelakon itu dirakamnya sendiri.

Amell berkata, tidak mungkin dia meminta pelakon itu berlakon sedemikian sebaliknya video-video tersebut adalah rakaman daripada pihak lain yang diserahkan kepadanya.

"Tak mungkin saya nak suruh dia berlakon seperti itu... Saya akan keluarkan lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis.

"Selama ini saya simpan kerana mahu menjaga nama baiknya sebagai pelakon," katanya kepada mStar.

Amell berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud yang menafikan tuduhan melakukan perkara syirik dan ia adalah rakaman lama ketika dia sedang berlatih untuk sebuah drama berjudul Pelaris.

Mak Wan mendakwa rakaman video itu dirakam sendiri oleh wanita itu sendiri dan bukannya dibuat secara cuuri-cuuri.

Sementara itu, Amell berkata, dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan memandangkan aktres itu juga sudah membuat laporan polis terhadapnya.

"Rasanya lebih baik saya ambil pendekatan untuk berdiam diri terlebih dahulu dan biarkan pihak polis menjalankan siasatan.

"Orang ramai boleh menilai sendiri menerusi video-video yang saya kongsikan sebelum ini. Saya hanya doakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak," katanya.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Amell memaklumkan dia sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah Mak Wan terhadap dirinya selain tuduhan mengambil barang kemas.

Amell turut menambah dua laporan lain yang mendakwa pelakon usia 61 itu menggunakan namanya bagi tujuan meminjam duit dari orang lain selain membuat laporan palsu.

Susulan itu, Mak Wan turut membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan terhadapnya selain menuduh Amell sebagai mempunyai masalah mental.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)