
Kategori : viral
Belum reda isu cerai talak 3 isteri kedua, Amar Asyraff kahwin janda anak dua pula kali ini?
Editor : KEKASIH GELAPMUGolongan berpendapatan tinggi (T20) tidak pernah meminta subsidi, kata ahli perniagaan terkemuka, Ameer Ali Mydin mengulas pemerhatian banyak subsidi kerajaan memanfaatkan golongan itu.
Ameer berkata, skim subsidi kerajaan tidak distruktur dengan betul.
Sebaliknya, beliau menggesa kerajaan menghapuskan semua subsidi dan memberi bantuan tunai secara terus kepada rakyat.
“Kami (T20) tidak pernah meminta subsidi. Anda (kerajaan) menstruktur subsidi dengan tidak betul. Ia perlu disasarkan,” kata pengarah urusan rangkaian pasaraya Mydin itu.

Ulasan itu menyusul kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengenai golongan T20 yang mendapat manfaat daripada pemberian subsidi.
Rabu lalu, beliau berkata, subsidi kerajaan lebih RM15 bilion memberi manfaat kepada kumpulan T20, termasuk sebahagian besar subsidi petrol yang berjumlah RM4 bilion.
Bagaimanapun, Ameer berkata, kerajaan tidak patut campur tangan dalam ekonomi dan membiarkan kuasa pasaran menentukan harga barangan serta perkhidmatan.
“Apabila anda memindahkan wang secara terus kepada rakyat, wang itu akan kembali ke dalam ekonomi. Ia akan memberi kesan berganda. Percayalah kepada rakyat untuk menguruskan wang itu sendiri.”

Katanya, peranan kerajaan sepatutnya menyediakan jaringan keselamatan kepada golongan paling rentan.
“Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, harga minyak tinggi, tetapi kerajaan tidak memberi subsidi. Sebaliknya, mereka memberi bantuan (kepada golongan miskin) dalam bentuk baucar makanan.”
“Tiada siapa yang kata kerajaan tidak perlu bantu, tetapi perlu bijak bagaimana kita membantu rakyat supaya tiada wang dibazirkan.”
Sumber Artikel : FMT