
Kategori : viral
Buat sendiri aksi 'wheelie' naik RXZ, ramai yang tidak percaya dengan kemampuan Aiman Tino
Editor : KEKASIH GELAPMU"Memang saya buat sendiri babak itu," kata penyanyi dan pelakon Aiman Tino berkenaan babaknya sedang 'wheelie' menggunakan motosikal Yamaha RXZ dalam supertele Adnan Sempit Generasi Gig yang akan ditayangkan menerusi TV3 dan Tonton.
Aiman yang popular dengan lagu Ku Rela DiBenci berkata, terdapat juga babak lain memperlihatkan dia dan beberapa rakan melakukan aksi ekstrem ini dengan motosikal jenama Yamaha Y15.
"Ada juga babak-babak ini dibuat oleh pelakon lagak ngeri (stuntman) tapi yang babitkan RXZ memang saya yang buat sendiri kerana teringin dan produksi bagi kelonggaran.

"Kalau ikutkan mereka tak bagi artis buat sendiri tapi saya yang nak sangat buat. Mereka pun setuju dengan buat kawalan dan penjagaan yang rapi.
"Mereka bimbang sekiranya saya terjatuh tapi alhamdulillah semuanya okey dan lancar," katanya kepada Harian Metro.
Aiman, 24, mengakui bukanlah terlalu mahir melakukan aksi ini, namun menggunakan pengalamannya sewaktu 'merempit' dan aktif bermain motosikal.
"Sebenarnya saya tak yakin sangat sebab bukan motor sendiri. Tapi saya beranikan diri atas rasa macam nak buat sesuatu yang diluar jangkaan orang.

"Mereka tak tahu berkenaan saya yang saya boleh 'pacak motor juga. Mungkin kalau orang tengok babak itu mereka dapat menilai serba sedikit Aiman Tino ini macamana.
"Kita tak boleh nak cakap juga pandangan masing-masing. Zaman dulu iaitu ketika baru dapat lesen, memang saya minat sangat dengan motor," katanya.
Aiman pernah memiliki motosikal jenama Y15 dan Y125Z, namun sudah menjualnya dan kini selesa dengan motosikal EX5 dan SYM.
"Apapun saya menasihatkan kepada semua yang tengok aksi ini, janganlah meniru mana-mana yang tak sepatutnya.
"Ia sebab dalam cerita itu kita ada mesej yang nak kami sampaikan. Bukan hanya merempit semata-mata," katanya.
Sumber Artikel : Harian Metro