
Kategori : viral
Rebut cinta gadis sekolah, 2 kumpulan bergasak di restoran
Editor : KEKASIH GELAPMUDua kumpulan pelajar bergaduuh kerana berebut seorang pelajar perempuan di sebuah restoran di Pandamaran, Klang, semalam, dalam kejadian yang tular di media sosial.
Rakaman video tular menunjukkan dua kumpulan berkenaan membaIing kerusi malah sekurang-kurangnya dua individu turut dilihat memukuI seorang yang lain menggunakan objek menyerupai kayu besbol.

Ketua Polis Klang, Cha Hoong Fong, berkata susulan kejadian itu polis menahan lapan individu berusia antara 14 hingga 21 tahun.
Katanya, semuanya mengaku terlibat dengan kejadian itu.
“Siasatan mendapati kejadian ini berpunca daripada perebutan teman wanita yang melibatkan pelajar sekolah.
“Namun, campur tangan daripada rakan suuspek dan maangsa telah membawa kepada unsur gangsteriism iaitu kumpulan kongsi geIap,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, semua suuspek direman enam hari, dengan dua daripadanya mempunyai rekod jnayah lampau bagi pelbagai kesalahan.

Polis turut merampas dua kayu besbol selain beberapa barangan lain untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Sesyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusoh dan Sesyen 326 kerana menyebabkan kecedeeraan.
Susulan itu, Cha menasihatkan ibu bapa memantau pergerakan anak terutama pada lewat malam selain mengetahui latar belakang rakan mereka.
Sumber Artikel : FMT