Pakar kriminologi gesa kerajaan ambil tindakan segera terhadap pesalah trafik banyak saman tertunggak

encik gotenks
0

 


Pakar kriminologi mendesak kerajaan supaya segera bertindak terhadap pemandu dan pemilik kenderaan yang mempunyai banyak saman belum dijelaskan, susulan laporan berlakunya kejadian samseng jalanan membabitkan individu memiliki 56 saman tertunggak.


P Sundramoorthy dari Universiti Sains Malaysia (USM), juga mempersoalkan bagaimana individu berkenaan boleh memperbaharui cukai jalan dan insurans walaupun mempunyai tunggakan saman.


“Ini membimbangkan kerana campur tangan pihak berkuasa hanya berlaku selepas penularan video seorang suuspek memandu dalam keadaan berbahaya,” katanya kepada FMT.


Ulasan berkenaan timbul di tengah-tengah penahanan seorang pembuli jalan raya yang gelagatnya dirakam selepas memandu secara berbaahaya dan memotong di lorong kecemasan, selain memaparkan aksi provokatif terhadap pengguna jalan raya lain.



Susulan itu, polis mendedahkan Toyota Alphard digunakan suspek mempunyai 56 saman tertunggak.


Sundramoorthy berkata, mungkin ramai yang percaya bahawa mereka akan terlepas walaupun dengan kesalahan memandu laju, memandu berbaahaya dan mendatangkan baahaya kepada pengguna lain, sekali gus menjadikan laporan atau video tular itu kerana memandu secara berbaahaya, masih dianggap biasa.


“Selagi mana rakyat berfikir mereka mudah dan boleh terlepas, kita akan berterusan melihat berlakunya kes seperti ini,” katanya sambil menyatakan mereka yang didapati melakukan kesalahan trafik perlu menjalani khidmat masyarakat, berbanding sekadar membayar saman.


Beliau berkata, pihak berkuasa sepatutnya menjadikan pemilik kenderaan turut bertanggungjawab di atas perbuatan pemandu.



“Sebagai contoh, kita masih melihat banyak lori dan bas ekspres memandu laju di lebuh raya. Bagi saya, selepas kenderaan itu mendapat sejumlah saman tertentu, kenderaan itu tidak dibenarkan berada di jalan raya sehinggalah semua saman dilunaskan dan pemandu dikehendaki menjalani khidmat masyarakat.


Dalam pada itu, Law Teik Hua dari Pusat Kajian Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata sistem penguatkuasaan trafik terlalu berlembut dan tidak cekap untuk mengawal pelanggaran trafik.


“Kerana rendahnya kadar pengesanan peIanggaran trafik dan jumlah kegagalan mengambil tindakan undang-undang terhadap pesalah, pengguna jalan raya tidak mahu mematuhi undang-undang trafik,” katanya kepada FMT.


Beliau menggesa pihak berkuasa berhenti menawarkan diskaun bayaran saman trafik dan memulakan tindakan perundangan secara kerap terhadap pemandu yang tidak patuh.

Sumber : FMT

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)