Menurut kajian, semakin kaya lelaki itu semakin dia menarik perhatian wanita untuk menyukainya

encik gotenks
0

viral

Menurut kajian, semakin kaya lelaki itu semakin dia menarik perhatian wanita untuk menyukainya

KEKASIH GELAPMU

Penafian : Gambar yang digunakan hanya sekadar hiasan

Satu kajian mendedahkan bahawa wanita sememangnya lebih menyukai lelaki kaya untuk dijadikan pasangan, lapor akhbar The Sun semalam.

Lelaki kaya seperti pengasas TesIa, EIon Musk dengan pendapatan tinggi dan jawatan teratas adalah lebih 3.5 kali ganda mendapat balasan untuk bersembang di aplikasi janji temu berbanding lelaki lain.

Wanita juga lebih mendapat perhatian jika mereka kelihatan kaya dan berpendidikan, namun kesannya lebih kecil berbanding lelaki.

Penyelidik kajian telah mengimbas 1.8 juta profil pada aplikasi janji temu dari 24 buah negara dan menyimpulkan bahawa ia berlaku hampir di seluruh dunia.

“Ramai orang cenderung untuk percaya bahawa ia hanyalah stere0taip. Namun, kami mendapati ia berlaku merentasi semua budaya dalam kajian yang dilakukan sejak 1980-an,” kata seorang pakar psikologi dari Universiti Swansea, Dr. Andrew Thomas.

Kajian yang dilakukan Thomas menilai lelaki berdasarkan pendapatan, pendidikan dan pekerjaan yang disiarkan pada profil serta kaitannya dengan respons yang diterima daripada wanita bujang.

Lelaki yang memiliki tahap tertinggi pendidikan dan kewangan mendapat respons sebanyak 255 peratus berbanding yang terendah. – Agensi

Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)