
Kategori : viral
Kongsi permandangan ibubapa hantar dan ambil anak ke sekolah naik Vellfire, tweet berunsur jelous lelaki ini dikecam netizen
Editor : KEKASIH GELAPMUSelepas hampir dua tahun tidak dapat kemeriahan suasana sesak di kawasan sekolah kerana perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara susulan dari pandemlk C0vid-19. Kini suasana itu mula dirasai semula. Anak-anak kena bangun awal pagi dan ibubapa juga perlu keluar awal untuk hantar anak ke sekolah.
Baru-baru ini viral satu tweet di laman sosial twitter yang memaparkan beberapa jenis kereta mewah jenis MPV toyota Vellfire yang dipercayai sedang berhenti bagi menunggu giliran menghantar anak mereka ke sekolah.
Pengguna laman sosial yang menggunakan nama @HezeriSamsuri itu turut menulis kapsyen hanya ‘tokey mafia’ di negara Jepun sahaja yang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan menaiki kenderaan jenis itu.

Seperti yang dijangka, perkongsian itu semestinya akan menarik perhatian netizen. Ketika mula-mula berkongsikan tweet tersebut, kelihatan beberapa orang pengguna media sosial yang turut sama bersetuju dengan 'tuan tanah'.
Mereka sependapat mengatakan keberadaan ibu bapa membawa kereta berkenaan untuk menghantar anak ke sekolah hanya mengundang kesesakan dan sebagainya.
Kata seorang netizen ini, hanya ibu bapa yang mempunyai ‘inferiority complex’ sahaja yang membawa kereta ini dan mempunyai perasaan ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain.


Walau bagaimanapun, tidak semua yang bersetuju yang ibubapa tersebut cuma ingin menunjuk-nunjuk kekayaan masing-masing dan menuduh lelaki tersebut mempunyai masalah hati dan tidak boleh lihat ‘orang senang’.
Lah dah tu dia ada kereta vellfire, takkan ank pinjam MyVi jiran pergi hantar anak ke sekolah pulak?
Aku pun tak mampu juga bang. Tapi tak adalah sampai busuk sangat hati aku nak judge orang macam tu.
Sementara itu, seorang pengguna twitter yang lain membalas komen dan menyatakan rasa kesal dan simpati dengan manusia yang ada saja tidak kena melihat orang lain.
"Kesian duduk malaysia ni pakai motor kena judge, myvi kena judge, pakai honda kena judge, pakai bezza kena judge, vellfire kena judge, pakai lori lg la kena judge.. Adehh 😅" - Sfae
Rasanya tak perlu la kita pertikai berkenaan rezeki orang, mungkin rezeki kita kemudian hari mampu pakai kereta mewah dan besar camni kan? Yang penting kita berusaha dan bukan hanya tahu mengecam orang.
Sumber Artikel : Twitter @HezeriSamsuri