Anak kongsi kronologi kejadian bapa dilanyak lelaki itu, masa tu hanya fikir ‘cover’ tapak dialisis daripada pecah

encik gotenks
0

Kategori : viral

Anak kongsi kronologi kejadian bapa dilanyak lelaki itu, masa tu hanya fikir ‘cover’ tapak dialisis daripada pecah

Editor : KEKASIH GELAPMU

Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan seorang warga emas yang dibeIasah oleh seorang penunggang motosikal, dalam satu kejadian berdekatan Padang Jawa, Shah Alam pada Ahad, menimbulkan pelbagai reaksi dan versi cerita.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai anak kepada warga emas tersebut telah tampil menjelaskan bahawa bapanya yang berusia 61 tahun menghidap penyakiit buah pinggang dan menjalani rawatan dialisis.

"Sebagai anak yang menguruskan ayah yang sedang sakiit buah pinggang (dialisis), luluh hati ini melihat dia dipukuI. Adakah dia layak dipukuI sebegitu rupa?

"Sedih saya melihat penyebaran fitnah berlaku dengan mudahnya apabila pelbagai tuduhan diberikan. Adakah ini amalan yang dituntut dalam agama? Astaghfirullah," tulisnya menerusi satu perkongsian yang tular di Facebook Muhammad Azzali Zainoldin.

Mengulas lanjut berdasarkan keterangan beberapa saksi, Muhammad Azzali berkata, kejadian bermula apabila bapanya yang memandu sedang bersedia untuk membuat pusingan ke arah kanan untuk melalui sebuah jambatan.

Kemudian katanya, secara tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang begitu laju memintas kereta bapanya.

"Bukan untuk ke kanan menaiki jambatan tetapi dia memintas di sebelah kanan untuk terus ke Jalan Mat Raji. Disebabkan itu, suspek berasa tidak selamat dan terus memaki ayah saya dengan jeritan yang kuat.

"Sebagai seorang yang tua dan berumur, ayah saya rasa bersaIah dan dia keluar dari kereta untuk melihat apa yang terjadi kerana risau jika ada perIanggaran dan cedeera pada lelaki tersebut," katanya sambil memberitahu tiada perIanggaran berlaku dalam kejadian itu.

Bagaimanapun kata Muhammad Azzali, melihatkan bapanya yang keluar dari kereta, lelaki itu didakwa membuat pusingan-U dan kembali ke lokasi kejadian.

"Dia terus melulu ke arah ayah dan teraajang. Apalah kudrat orang tua yang baru lepas dialisis semalam. Dia tumbang di situ.

"Tidak cukup lagi, dia naik atas badan ayah dan terus tidak henti-henti menumbok muka dan sambung memiijak badan ayah. Jika anda perasan (berdasarkan video tular), ayah tidak meIawan kerana dia tiada daya-upaya. Dia tertanya-tanya apa salahnya.

"Sewaktu dipukuI ayah sedang melindungi lengan kirinya dan pinggangnya daripada tercedeera kerana risau tapak dialisisnya pecah atau putus," katanya sambil menambah ibunya dan anak saudara berusia tiga setengah tahun yang berada di dalam kereta hanya mampu melihat maangsa dipukuI.

Menurut Muhammad Azzali, bapanya masih dalam keadaan lemah akibat kejadian.

"Ayah dibawa ke Hospital Shah Alam dan selepas discaj, badannya masih lemah dan dia mengadu masih sakiit di rusuk kiri," katanya.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melindungi keselamatan bapanya dari kejadian tersebut dari awal sehingga ke balai polis.

"Dialah satu-satunya ayah yang saya masih ada untuk saya jaga," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, punca kejadian itu dikenal pasti selepas siasatan dilakukan pihaknya terhadap lelaki itu yang ditahan pada Ahad susulan laporan dibuat warga emas berusia 61 tahun.

Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)