Kedudukan kamera buat nampak seperti bergelek, sebenarnya saya menari zapin, kata Baby Shima

encik gotenks
0

Kategori : viral

Kedudukan kamera buat nampak seperti bergelek, sebenarnya saya menari zapin, kata Baby Shima

Editor : KEKASIH GELAPMU

"Saya bukan bergelek, tapi menari zapin," kata penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima, 30, mengenai video dia menari gelek dalam satu persembahan di majlis rumah terbuka Aidilfitri dipercayai anjuran satu parti politik di Negeri Sembilan yang dikecam netizen selepas tular sejak kelmarin.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli ketika dihubungi berkata, tarian gerak tari zapin dilakukannya itu ada berlaku kesilapan selain kedudukan kamera dari sebelah tepi menampakkan dia seperti rancak menari gelek.

"Saya pula dikenali sebagai penyanyi dangdut. Jadi, pantang bergoyang sedikit mesti punggung nampak seperti sedang menari gelek. Tapi, yang sebenarnya saya menari zapin saja," katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi lagu Lalai ini berkata, kain ketat yang dipakai juga menyebabkan kakinya tidak boleh melangkah lebar dan dengan jelas nampaklah dia seakan seronok bergelek di pentas itu.

"Apapun, terpulanglah pada netizen dan fikir dan cakap apa. Saya tak boleh nak tutup mulut orang. Saya tak kisah pun sebab itu aksi menari zapin ketika persembahan. Saya menari atas tuntutan kerja. Lagipun, takkan nak menyanyi sambil berdiri tegak saja. Saya menari mengikut kesesuaian lagu dinyanyikan," katanya sudah lali menerima kecaman dan kritiikan.

Baby Shima yang kini berjaya menempa nama sebagai penyanyi di Indonesia juga bercadang ke negara itu pada Jun ini kerana ada urusan kerja yang membabitkannya.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)