Caprice bimbang isteri diganggu 'Najib', Beri masa 24 jam mohon maaf bersemuka

encik gotenks
0

Kategori : viral

Caprice bimbang isteri diganggu 'Najib', Beri masa 24 jam mohon maaf bersemuka

Editor : KEKASIH GELAPMU

"Hantar mesej pada isteri saya pada waktu malam. Bila orang mula melampaui batas dan buat kita risau pasal keselamatan keluarga, anda meIanggar batasan".

Itu kata penyanyi Caprice, 33, mengenai seorang lelaki yang dikatakan mengganggu isterinya, Farra Inalis.

Penyanyi itu turut meminta lelaki terbabit datang berjumpanya untuk meminta maaf dalam tempoh 24 jam atau tindakan tegas diambil.

Katanya, perbuatan lelaki terbabit menghantar mesej WhatsApp kepada isterinya pada waktu malam sebagai sangat melampau.

"Pertama, saya tak kisah kalau ada yang benci saya. Itu terpulang tetapi apabila anda mula kacau isteri dan anak saya, hubungi isteri saya pada waktu malam itu sudah melampaui batas.

"Anda ada masa 24 jam untuk jumpa dan minta maaf depan-depan. Kali pertama dapat mesej itu, kami beri amaran kerana fikir mungkin mamat (lelaki) ini giIa.

"Tetapi tidak, hari ini (semalam) dia terus mesej isteri saya. Jangan main giIa terutama tentang keluarga," katanya.

Caprice ata nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi video yang dimuat naik di Instagram turut mendedahkan wajah, nombor telefon serta mesej individu dimaksudkan dalam hantaran berkenaan.

Rata-rata peminat di laman sosial usahawan yang juga pengasas aplikasi pendidikan itu menyokong tindakan tegasnya melindungi keluarga.

"Awak melakukan perkara yang betul. Semoga Allah melancarkan dan memberi jalan," kata seorang pengikutnya.

Dalam balasan kepada komen seorang peminat pula, Caprice meluahkan kebimbangan terhadap isu keselamatan membabitkan insan kesayangannya.

"Pertama yang saya bimbangkan adalah keselamatan isteri dan anak. Takkan nak pasang 'bodyguard'? Tak sangka ada orang macam ini," katanya.

Caprice dan Farra, 27, mendirikan rumah tangga pada pertengahan November tahun lalu.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)