Intan Saleh Haramkan Saya ‘Post’ Gambar Anak Di IG, Kata Izreen Azminda

encik gotenks
0

 


Ingatkan sudah selesai isu kemelut antara pelakon terkenal Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh. Namun rupa-rupanya kemelut antara mereka berdua masih belum berakhir biarpun kedua-dua pihak sudah bahagia dengan pasangan sendiri.


Kerana masing-masing berbalas kenyataan di media sosial mengenai soal anak-anak, ia kembali mendapat perhatian netizen.

Susulan peerang mulut itu, Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 37, berkata Intan tidak membenarkan dia untuk berkongsi gambar anak-anak tirinya di Instagram.


"Tak perlulah saya komen lanjut kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan.


"Saya anggap perkara ini sudah selesai.



“Dia juga haramkan saya post gambar anak-anak dia di IG saya” katanya ketika dihubungi mStar.

Pertikaian dikatakan berpunca apabila Intan melarang pelakon itu berkongsi gambar anak tirinya di media sosial.


Mereka dilihat memilih untuk berkongsi luahan rasa tidak puas hati itu menerusi IG Story masing-masing.


Dalam satu perkongsian sebelum ini, Izreen juga berkata dia terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Intan bagi menyelesaikan segala sengketa antara mereka.


Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada Ogos 2017.


Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.


Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu.


Ude merupakan bekas suami kepada Intan dan hasil perkahwinan terdahulu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.


Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya lakonan, kata Izreen dia belum bersedia untuk kembali ke lokasi kerana usia anak-anak yang masih kecil.


"Saya hanya terima tawaran untuk terlibat dalam program televisyen sahaja kerana penggambaran tidak terlalu lama.


"Manakala untuk berlakon pula memang tidak terima lagi buat masa sekarang kerana mahu beri fokus kepada anak-anak.


"Saya menguruskan anak-anak sendiri tanpa menggunakan khidmat pembantu. Jadi susah untuk keluar dalam tempoh terlalu lama," jelasnya.

Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)