Sorok jeruk mangga dalam longkang elak dihidu pihak berkuasa

encik gotenks
0

 


Bagi mengelakkan tindakan pihak berkuasa, sekumpulan penjaja jeruk sanggup menyimpan dan menyorok produk berkenaan di dalam longkang dan berhampiran kawasan loji kumbahan.


Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor (KJSPT), Superintendan M Kumarasan berkata, perbuatan itu terbongkar apabila pihaknya mengadakan Ops Khas Penjaja Jalanan di sekitar kawasan Bandar Baru Uda di sini, pada 2.30 petang semalam.


Beliau berkata, ia susulan aduan yang diterima oleh masyarakat yang semakin berleluasa di sekitar kawasan Johor Bahru.


Menurutnya, operasi yang diketuai PT Penguatkuasa JSPT Johor, Asisten Superintendan Mohd Zainudin Abu Bakar bersama lima anggota polis adalah operasi berkala yang dijalankan dalam menangani isu penjaja jalanan.



"Berdasarkan statistik dan data yang diperoleh, sebanyak 52 lokasi tumpuan penjaja jalanan di dalam negeri Johor dan tumpuan utama adalah di persimpangan lampu isyarat di laluan utama.


"Hasil operasi yang mendapati bungkusan makanan pencuci mulut itu disorok di lokasi yang tidak sepatutnya iaitu di dalam longkang dan berhampiran kawasan kumbahan bagi mengelak tindakan diambil oleh pihak penguatkuasa.


"Ia adalah sikap yang tidak bertanggungjawab dan memandang remeh berkaitan isu kebersihan makanan dan risiko penyaakit bahaaya disebarkan sekiranya ia tercemar.


"Sikap individu yang mencari jalan mudah dengan meraih simpati pengguna jalan raya dengan menggajikan pekerja asing bagi menjaja buah jeruk berkenaan tanpa mengira risiko dan baahaya kepada penjaja dan pengguna jalan raya yang lain terutama boleh mengundang kemaIangan," katanya.


Kumarasan berkata, aktiviti menjaja di jalan awam adalah kesalahan yang menyalahi peraturan dan undang-undang.



"Mana-mana individu yang menjalankan urusan jual beli di jalan awam iaitu menjual dan membeli boleh diambil tindakan mengikut kaedah 10A (1) dan kaedah 10A (2) LN 166/59 dan boleh diambil tindakan denda tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan.


"Malah di bawah undang-undang kecil PBT, ia juga perbuatan melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan kompaun dan sita semua barang-barang yang dijaja.


"Kami mengingatkan supaya aktiviti menjaja di jalan awam ini perlu dihentikan bagi memastikan tidak berlakunya perkara yang tidak diingini khususnya kemalangan maut dan secara tidak langsung mengganggu kelancaran aliran trafik di lampu isyarat.


"Selain itu, persepsi dan rasa simpati terhadap golongan ini perlu difikirkan kerana ada pihak lain yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang dengan mengupah warga asing tanpa mempedulikan aspek kebersihan terhadap makanan bagi mengaut keuntungan dengan mudah dan cepat," katanya menerusi siaran media hari ini.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)