Header Ads

Nabil Ahmad amal sembahyang 17 rakaat sebelum Subuh, ganti solat fardu zaman jahil…

 


"Ketika awal sertai usaha sebarkan dakwah, saya memang seorang yang jahil, mengaji al-Quran pun tidak pandai.

"Sering mendengar azan namun tidak ke masjid, tapi sekarang ini Allah berikan saya rasa kemanisan dalam Islam.


"Saya cuba untuk solat 17 rakaat sebelum Subuh bagi menggantikan semula waktu solat yang tertinggal.


"Bagaimanapun seorang sahabat nasihatkan agar tidak terlalu memaksa diri. Apa yang penting adalah istiqamah," katanya kepada mStar.


Solat 17 rakaat yang dimaksudkan Nabil itu ialah solat fardu lima waktu iaitu Subuh (2 rakaat), Zohor, Asar dan Isyak masing-masing empat rakaat dan Maghrib (3 rakaat).



Dalam usaha berkongsi kebaikan, Nabil memberitahu cabaran yang paling sukar adalah membuatkan isterinya, Nazirah Ayob faham setiap kali meninggalkan rumah dengan tempoh masa yang lama.


"Antara ujian yang saya hadapi sepanjang usaha dakwah ini adalah untuk buat isteri sendiri faham.


"Maklumlah kalau dahulu saya sering menghabiskan masa bersama keluarga di rumah jika waktu cuti, tetapi sekarang ini lebih banyak keluar dan tinggalkan keluarga untuk tempoh lama.


"Saya ingatkan isteri bahawa ini adalah pengorbanan untuk bantu kita semua di akhirat nanti. Semoga Allah memberi ganjaran dengan pengorbanan yang sedikit ini," jelasnya.


Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah Ayub pada September 2011 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 10, Leyla Medina, 7, dan Mishall Imani, 3.


Dalam masa sama, Nabil juga memanfaatkan sebaik mungkin pentas pengacaraan sebagai medium untuk dia berkongsi kebaikan kepada penonton.



Justeru tiada istilah untuk dia berhenti daripada terus mengendalikan program berbentuk hiburan seperti mana yang dilakukannya sekarang ini.


"Tidak semestinya dengan perubahan sekarang ini saya perlu tinggalkan pekerjaan yang saya dah lama buat.


"Saya boleh selitkan zikir-zikir mudah ketika mengendalikan program. Itu antara salah satu cara untuk sampaikan dakwah.


"Selain itu saya anggap diri saya sebagai wakil golongan orang berdakwah yang tidak berpeluang untuk keluar TV," katanya.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.