Header Ads

Maruah saya bagaikan di tapak kaki orang, netizen jangan hipokrit, perkara buruk cepat je viral, kata Erma Fatima

 


Luah Erma, 54, buat masa ini apa jua penjelasannya tentang video berahi daripada klip drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan pendatang baru, Siti Hariesa tidak akan diterima banyak pihak.


Malah Erma yang juga penerbit dan penulis skrip drama Perempuan Itu berkata dia menunggu masa yang sesuai untuk tampil menceritakan perkara sebenar.


"Kalau saya cakap apa pun sekarang ini maruah saya bagaikan di tapak kaki orang. Seolah-olah selama ini saya hanya menghasilkan karya sampah.


"Itu hukuman yang diberikan oleh netizen dan beberapa pihak lain terhadap saya.


"Biarlah mereka nak katakan apa sahaja sekarang ini. Lebih baik saya berdiam dahulu. Mereka ada senjaata untuk seerang di media sosial, tetapi sebenarnya saya ada seenjata yang lebih besar," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.


Erma juga mengesahkan dia hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa bagi memberi keterangan.


Berhubungan penayangan drama tersebut, Erma berkata masih belum ada kata putus kerana masih dalam proses penggambaran.


"Saya hadir ke pejabat SKMM untuk beri keterangan. Saya bawakan skrip asal drama ini. Daripada segi hukum memang salah kerana mewujudkan adegan tersebut. Namun skrip dan intrepstasi adalah dua perkara berbeza.


"Saya tidak boleh komen lanjut tentang siasatan tersebut.


"Tayangan drama ini juga belum pasti kerana pihak produksi dah melangggar dateline. Tunggu sahaja tarikh tayangan sebenar drama ini," ujarnya.


Sementara itu Erma juga meluahkan rasa sedih dengan sikap masyarakat yang dianggap hipokrit apabila suka melihat sesuatu yang buruk berbanding perkongsian yang mendatangkan kebaikan.



"Bila kongsi sesuatu yang tidak elok, laju ia menjadi viral.


"Tetapi apabila cerita tentang kebaikan, susah nak dapat perhatian. Susah orang nak kongsi semula.


"Jadi janganlah terlalu hipokrit hendak hentam saya apabila terjadi kes sebegini," jelasnya.


Isu babak panas Zul tercetus pada Jumaat lalu apabila aktor itu berkongsi klip memperlihatkan aksi ghairahnya bersama pelakon baharu Siti Hariesa.


Perkara ini juga mendapat perhatian Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia dan Zul juga telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SKMM.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.