Jangan cepat hukum, penyanyi nasyid juga manusia biasa, kata Raihan

encik gotenks
0

 


"Kita tak tahu apa yang dia lalui, jadi jangan cepat menghukum."

Begitulah kata salah seorang anggota Raihan, Abu Bakar Md Yatim berhubung penahanan penyanyi lagu Mimpi Laila, Yasin Sulaiman, 47, atas tuduhan memiliki dan menanam pokok gnja di kediamannya di kondominium di Kota Damansara di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Yasin yang menghadapi pertuduhan itu di Kompleks Mhkamah Petaling Jaya di bawah Sesyen 39B dan 6B Akta Daadah Berbhaya 1952 masing-masing di Mahkamah Majistret serta Sesyen.


Menurut Abu Bakar, selama perkenalan dan persahabatan Raihan bersama Yasin, komposer dua anak berstatus duda itu seorang yang baik.



"Apapun, kami penyanyi nasyid tetap manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan. Begitu juga dia, ada melakukan kesilapan dan kita doa semoga dapat diperbetulkan.


"Kami kenal dia dan seorang sahabat yang baik," katanya ketika ditemui media bersama dua lagi anggota Raihan iaitu Che Amran dan Amran pada pelancaran video muzik khas, The Sunnah The Better berkolaborasi dengan penyanyi Alif Satar and The Locos.


Kerjasama ini adalah yang kedua antara Raihan dan Alif selepas rakaman semula mereka melalui lagu Sesungguhnya pada 2019 yang begitu menarik perhatian pendengar hingga kini.



Menerusi The Sunnah The Better, lima buah lagu dirakam Raihan bersama Alif Satar & The Locos iaitu Bismillah, 25 Rasul, Assolatuwassalamm, Rayuan Rindu serta medley Puji Pujian & Syukur.


Semua lagu juga akan dimuat naik di saluran YouTube Alif Satar secara berperingkat mulai 3 April ini.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)